ELEKTROD KARBON SUPERKAPASITOR DARIPADA TANDAN SAWIT Kegunaan Termaju Produk Sampingan Industri Sawit
Karbon digunakan dengan meluas sebagai bahan elektrod dalam superkapasitor. Karbon boleh dihasilkan daripada bahan pemula organik seperti gas hidrokarbon, petroleum, arang batu, polimer dan biojisim melalui proses pengkarbonan yang dapat mengeluarkan bahan bukan karbon sehingga meninggalkan karbon sebagai produk akhir. Kelebihan biojisim ialah sumbernya boleh diperbaharui, kosnya murah, terdapat dalam jumlah yang banyak dan mudah diproses. Penyelidikan ini menggunakan biojisim produk sampingan loji sawit, iaitu serabut tandan kepala sawit, untuk menghasilkan bahan pemula sekunder yang dinamakan serbuk karbon swa-merekat (SKSM), melalui proses pengkarbonan suhu rendah.
Tidak ada salinan data
Tidak tersedia versi lain